Monday, October 22, 2018

Penjagaan sebelum dan selepas Kucing Anda Dikembiri/ dimandulkan

PENJAGAAN SI COMEL


haaa ni dia kucing saya. dari sebelah kiri namanya si Jello, tity dan dudu. jello ni jantan, tity dan dudu betina.

adakah anda mempunyai masalah sama seperti saya? 
 tinggal rumah apartment. kiri,kanan,atas ,bawah semuanya rumah jiran. saya memelihara 5 ekor kucing. 3 ekor kucing seperti di atas ni sering berbuat bising.. bukan sebap apa tapi mahu mencari pasangan hidup...biasalah kucing dah cukup matang untuk mencari pasangan. sangat merisaukan lagi jika si comel keluar rumah mencari pasangan. tidak tenang nak tinggalkan rumah kan??

sebab risau jiran sebelah terganggu, saya bercadang untuk kembiri/memandulkan kucing-kucing saya. ok di sini saya nak kongsikan apa yang saya lakukan sebelum dan selepas kucing-kucing saya dimandulkan..tips ni sangat simple dan dijamin si comel anda akan sembuh dengan cepat dan sihat.

sehari sebelum memandulkan:

1. Paling penting, mandikan si comel hingga bersih. Saya selalu memandikan si comel menggunakan air suam kerana kalau menggunakan air sejuk,memang si comel akan melompat kesejukan. Tapi kalau kucing anda dah biasa air sejuk, takda malasahlah. tujuan memandikan adalah untuk menjaga kebersihan si comel serta elak jangkitan pada luka pembedahan nanti.

2. Kalau si comel ada masalah kutu, lebih baik hilangkan dulu kutu-kutu tu sebab takut si comel menggaru luka jahitan nanti.

3. Puasakan si comel malam sebelum pembedahan tu. last saya bagi makan si comel pada jam7.00pm dan minum jam9pm. boleh juga jika serentak puasa makan dan minum jam 7.00 pm tapi saya tahu kucing saya aktif bermain waktu malam,takut dorang dehidrasi . hehe .

4.berikan makanan yang enak dan kegemaran si comel.bagi dorang kenyang supaya ada lebih tenaga untuk keesokan harinya.. contohnya ikan,ayam dan lain-lain. jangan lupa berikan usapan penuh kasih sayang pada si comel sebelum tidur tau.. hehe

hari semasa prosedur pemandulan.

1. Pilih carrier yang besar sedikit sebab lpas prosedur pemandulan tu, si comel memerlukan bekas yang besar kerana dorang masih belum sedar, saya tak guna carrier untuk bawa balik rumah,saya just letak di seat belakang kereta dengan beralaskan kain bersih..

2. pagi-pagi tu mesti si comel bising nak minta makan kan? sabar, tahan perasaan nak bagi makanan tu. kalau boleh,pergilah ke klinik lebih awal supaya si comel tak kelaparan sangat.

3. Okey.. masa pembedahan tu, veterinarian tu akan beri ubat muntah dulu. Masa tu si comel akan muntah-muntah. tu sebab perlunya puasa supaya si comel tak sengsara muntah banyak dan prosedur boleh dilakukan dengan cepat.. masa ni kurunglah si comel dalam sangkar yang beralas.sebab dorang ni akan lemah dan pening.

4. lepas muntah,Dokter tu akan bagi ubat bius/ ubat tidur. masa ni letaklah si comel di lantai. biarkan dia berjalan.lama-kelamaan si comel akan terbaring dengan mata terbuka. jangan risau, si comel hanya tak sedar saja. boleh tengo pergerakan perut si comel jika takut sangat si comel tak bernafas. hehe.

5. bagi kucing betina,satu incision akan dibuat pada bahagian bawah pusat.pembedahanya agak major sikit.sebelum tu,bulu si comel akan dicukur dahulu.. bagi jantan pula, akan dibuat okidektomi iaitu buah zakar akan dibuang. ia tidak perlu pembedahan yang besar. tu sebab pemandulan kucing jantan lebih mudah daripada kucing betina...

6. akhir sekali, selepas prosedur,  antibiotik akan diberi dan ubat tahan sakit untuk si comel. si comel akan sedar dalam 1 atau 2 jam selepas pembedahan. selepas sahaja selesai pembedahan tu,saya terus membawa balik si comel. Anda mungkin akan disuruh pergi ke kLinik  selama 2 hari selepas pembedahan untuk mendapatkan suntukan antibiotik dan ubat tahan sakit si comel .tapi saya ambil keputusan jarum sendiri di rumah. Dah biasa menjarum pesakit di hospital..hehehe

7. jika kucing korang masih belum sedar masa nak balik rumah, pastikan baringkan si comel di kawasan yang lepala ada tinggi sedikit dan donggakkan sedikit kepalanya untuk elak pernafasan si comel diblock oleh lidah tu,

selepas pembedahan

1. okey ni part yang paling penting untuk diawasi. bila si comel dah sedar, dorang mungkin akan menjadi agresif sedikit kerana kesan dari ubat bius tu. ubat bius tu akan hilang sepenuhnya pada keesokan harinya..  

ni ubat yang dibekalkan untuk 2 hari.jika korang tak tahu atau takut jarum si comel,bolehlah ke klinik 2 hari bertutut-turut . ooyaa, lupa nak bagitu, cuma kucing betina ja yang akan diberikan jarum ni. kucing jantan tak perlu..


2. perlu diingati,jangan beri makan pada si comel selepas sahaja mereka sedar kerana pada masa ni,si comel masih belum terlalu sedar dan masih belum dapat mengawal diri dan belum dapat mengawal kerongkong. jika diberi makan,takut-takut makanan atau minuman tu masuk ke paru-paru. bahaya kesannya..sebaiknya beri si comel makan  5 atau 6 jam selepas pembedahan .si comel akan tiada selera makan dalam 2 atau 3 hari. tapi cobalah berikan si comel makanan yang boleh menarik perhatiannya.Berikan air dahulu menggunakan syringe jika si comel tak nak minum. beri perlahan-lahan tau.


3. beri si comel rehat dan tidur cukup-cukup.letakkan si comel dia tampat yang bebas dari gangguan bising dan cahaya terang.  ingat!!! jangan disentuh atau diganggu luka  pembedahan tu. 6 hingga 7 jam selepas pembedahan tu, saya dah lepaskan si comel dari sangkar. mereka akan jalan seperti orang mabuk so terhadkan pergerakan mereka. tu perlunya pengawasan yang rapi. tapi jika korang risau tak dapat jaga, biarkan si comel dalam sangkar. sediakan tandas mereka dalam sangkar.  jangan lupa asingkan si comel dengan kucing yang lain. sebab si comel ni kadang boleh marah tak tentu pasal.hehe

ni gambar sehari selepas pemandulan tu..naa bagi dorang rehat cukup-cukup.


5. bagaimana nak menjaga luka jahitan tu??? okey di sini saya nak tekankan sedikit, selang 2 hari saya akan mencuci sangkar atau alas sangkar si comel menggunakan clorox.hehe takut sangat jangkitan kuman.hehe . setiap pagi juga saya akan membuat pembersihan luka si comel dangan menggunakan iodine. saya akan berusaha untuk melakukan pencucian yang bersih dan steril. lakukan pemerhatian luka jahitan setiap hari. jika kelihatan seperti kemerah-merahan, atau bengkak sangat dan bernanah,bawalah si comel ke klinik dengan segera.terhadkan pergerakan si comel untuk elak luka jahitan si comel terbuka. 

ni contoh sangkar si comel.. tak seberapa tapi yang penting dibersihkan tiap hari tau..

saya gunakan iodine dicampur dengan air bersih sikit. sebab iodine ni pedih jika pekat. jadi saya letakkan air sedikitlah. just sapu lembut pada bahagian luka jagitan tu.

6. haaa pasal toilet si comel, saya hanya menggunakan pasir kucing yang biasa ja. kalau korang mampu,bolehlah guna yang tak ada habuk.. yang penting kencing dan najisnya sentiasa dibersihkan. saya bersihkan 4 kali sehari. pagi, tengahari, petang dan sebelum tidur malam. saya risau sangat kalau si comel kena infection. tapi tak taulah kalau guna pasir jenis yang mahal punya. mungkin 2/3 kali dah cukup. hehe

ni luka jahitan lepas 4 hari. dah cantik kann.. tidak lama lagi sembuhlah tu..hehe walaupun luka mcm ni,dorang dah aktif tau.lepas 3 hari dah boleh melompat sana sini.kita pula yang risau..heheseperti yang saya katakan,hadkan pergerakan si comel tau.


 alar tiada pula gambar si jello kucing jantan saya tu. si jello hari pertama dah kuat makan.hari ke 2 dah melompat-lompat. hehe jadi penjagaan luka dia tu tak cerewet sangat seperti kucing betina. hari ke 2 dan ke3 je saya buat dressing. luka dah sembuh.

sooo, lepas baca semua ni rasa macam susah sangat nak jaga kan??? sebenarnya tak susah pun.  jika korang ikut cara yang saya kongsikan, Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.  


harap sharing saya ni dapat membantu anda semua. terima kasih  (^_^)